Tuesday, September 10, 2013

Miracles in Cell No. 7

Posted by Qilah at 9:26:00 AM 3 comments
Entry yang telah bersarang hampir 3 bulan:

11 Jun 2013 (Selasa), bertolak dari Putrajaya ke KLIA utk ke Sabah (Beringin Resort) sbb dpt slot ceramah di sana. Penat tp disebabkn tugas, ku gagahkan jua. Thanx to Cik Yantie yg bg opportunity ni. Sampai Sabah je, urusetia program jemput pegi makan @ waterfront..makan seafood..sgt marvelous..dpt la merasa Lobster yg hrga rm300++..huhu..mmg menjilat jari la..puas hati makan..tp sy mkn xbpe byk sgt, n org 1st yg surrender..haha..

Sebenarnye nak citer psl my 1st experience naik new cabin MAS..dh lama x gi travel by flight.ada pun naik AA..ni sbb Jabatan byr..dpt la naik MAS. so, dlm tu leh pilih tgk movie..mula2 pilih Hantu Kak Limah 2,tp skit je tgk..pastu tkr citer tgk Korean Movie yg touching abis la..Miracles in Cell No. 7..


so, nak story skit psl citer ni..sy sanggup tgk citer ni msa pegi n blk,sbb msa pegi xsmpat abis..haha..gagah, 2jam 30 minit dari KL-KK

Yong-Gu, seorang ayah yg sgt penyayang, tp cm 3 suku sikit. Anak dia Yesung teringin sgt nak bag sekolah Sailor Moon. Tetiba, bila time die nak beli, ada sorg tu beli dlu n beg tu abis kt store tu..last piece la..kecewa si anak tu..yg beli tu anak Chief Commisioner Police ke ape ntah, tp higher position la. tp si ayah ni pujuk anak yg dia akan belikan nanti, mestia da kt store lain.

1 day, msa si ayah tgh jalan, terserempak dgn anak Polis td tu, pakai beg sailor moon..die pn follow budak tu..tetiba kt 1 junction, bdk tu slipped at ice n jatuh, n 1 bricks jatuh kt forehead die..Yong-gu jatuh kt junction sebelum tu, bila dia bgn nampak bdk tu dah jatuh dgn darah2 kt kepala. Yong Gu nak selamat budak ni, die buat CPR n lower down her pants for blood circulation..

Tp ada witness yg nampak,bgtau polis yg Yong Gu nak rogol n bunuh budak tu..kena la Yong Gu ditangkap.Sedih..Yesung tunggu ayah dia kt rumah, xblk2..dia cari ayah dia smpai 1 day dia nmpak ayah die dgn polis, tgh tunjukkan lokasi kes..

Yong Gu masuk Cell no. 7, dalam tu sume ada rekod jenayah..fraud la, adultery la, gangster la..citer dlm cell ni sgt kelakar + sedih..smpai Yesung dorg bwa msk curi2 dlm cell nk jumpakan anak dan ayah ni..Dorg sume percaya Yong Gu x salah..Chief Security Prison pn mula2 ingat die bersalah tp bila diperhatikan perangai Yong Gu, die rasa bersalah dan cuba selidik.

Then..Uolls tgk la sendiri kesudahannya..hr tu tgk ada dalam Astro First. So, bolehla subscribe citer tu..gerenti best dan meleleh air mata..


Amalan Ibu Semasa Hamil Untuk Mengelakkan Anak Jaundice

Posted by Qilah at 9:24:00 AM 0 comments



Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz kebanyakkan bahannya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.

Tuesday, May 7, 2013

Sabar

Posted by Qilah at 5:29:00 PM 2 comments
"Awak memang penyabar ye. Kalau saya, dah lama saya 'tiaw' dah, malas nak layan".

" Saya bekerja di Sumber Manusia, memang tugas saya begini"

"Sesuai lah awak di tempat tu.."

haha..that's me!! tp kekadang ada gak hilang sabar dgn org2 yg x paham bahasa ni..tp kerja di HR mmg begitu la,mmg perlu sabar melayan kerenah org dan ragam..x terkira ragamnye..

Tp bila saya dapat tolong orang, saya sgt puas hati..Kalau xdpt tolong, saya akan explainn sampai org tu puas hati..

Moga2 saya diteruskan kesabaran ini dalam semua hal..ameen.

Friday, May 3, 2013

Tiga Golongan Yang Tidak Boleh Dihina

Posted by Qilah at 8:28:00 AM 1 comments
Tiga Golongan Manusia Tidak Boleh Di Hina

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Tiga golongan manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. " (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan manusia yang tidak boleh dihina iaitu :

Pertama : Orang tua muslim

Kedua : Orang yang berilmu.

Ketiga : Imam (pemimpun ) yang adil.

Huraiannya : 

Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang . Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai. 

Sada Nabi SAW. maksudnya : "Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Hadis Riwayat Muslim).

Firman Allah SWT yang bermaksud :|"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
(Surah al Hujurat ayat 11).

Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati. 

Pertama : Orang tua muslim.

Sebagai orang tua mereka sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Orang muda perlu meghormati orang tua dan ambillah nasihat dan tunjuk ajar yang diberikannya.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya di antara cara memuliakan Allah adalah dengan menghormati orang muslim yang sudah tua, dengan menghormati ahli Al-Quran tanpa berlebihan dan tanpa menghinanya, serta dengan menghormati penguasa yang adil” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam kalimat yang lembut ini, Rasulullah SAW ingin menegaskan kemuliaan orang tua di kalangan kaum muslimin sampai didahulukan daripada ahli Al-Quran dan pemimpin yang adil, dimana kemuliaan mereka begitu besar.

Walapun orang-orang tua sudah ada pengalaman, pelajaran, kebijaksanaan yang lebih dan sudah kukuh status serta kewangannya, orang-orang tua masih tetap memiliki kekurangan. Kelemahan itu jelas nampak pada kesihan dan tubuhnhya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kemudian Kami jadikan setelah masa kuat itu masa lemah (kembali) dan beruban..” (Surah Ar-Rum ayat 54)

Suatu hari ada seorang tua datang kepada Rasulullah SAW. Orang-orang pada waktu itu tidak bersegera memberi jalan kepadanya. Dengan penuh kelembutan dan kasih sayang Rasulullah SAW menyatakan:

“Tidak termasuk bahagian daripada kami orang yang tidak menyintai anak kecil dan tidak menghormati orang tua”, (Hadis riawayat Bukhari)

Baginda ingin menyatakan bahawa siapa yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua, ia tidak termasuk bahagian kaum muslimim; Ia tidak bersifat seperti sifat kami, tidak beramal seperti amalam kami, dan tidak berakhlak dengan akhlak kami. 

Nabi SAW sendiri telah menggambarkan hal ini dalam kehidupannya.

Ketika Fathu Makkah, Abu Bakar datang dengan bapaknya, Abu Quhafah, pada ketika itu telah berusia lanjut untuk masuk Islam di hadapan Rasulullah SAW di Baitul Haram. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar: “Mengapa engkau tidak membiarkan orang tua ini di rumahnya biar saya mendatanganinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Inilah dia akhlak Nabi SAW. Sementara Abu Quhafah adalah seorang tua yang terlambat masuk Islam sampai dua puluh tahun. Meskipun begitu, Rasulullah SAW tetap menghormatinya dan memandang bahawa bagindalah yang seharusnya datang ke rumah orang tua ini.

Demikianlah orang tua dalam pandangan Rasulullah SAW. Baginda bahkan menolak memanjangkan solat berjemaah (walapun besar kecintaan Rasulullah terhadapat solat jemaah) kerana dapat menyusahkan orang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan. Ini menunjukkan pandangan baginda yang menyeluruh dalam permalasahan kasih sayang. Hal ini menunjukkan keluasan wawasan dan pemahaman baginda terhadap hakikat Islam; bahawa Islam sesungguhnya datang untuk menebar kasih sayang dan bukan untuk menyeksa dan menyusahkan.

Kedua : Orang berilmu.

Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. Golongan berilmu (ulama) harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada dirinya bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.

Orang yang menghina orang berilmu (ulama) sama artinya dia mengumumkan perang kepada Allah SWT.

Hal ini sebagaimana disebutkan dalam hadis tentang wali Allah yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari -rahimahullah dari Abu Hurairah r.a :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ – …رواه البخاري

Dari Abu Hurairah”Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman maksudnya : "Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya… " (Hadis Riwayat Bukhari)

Dan para ulama, mereka adalah termasuk wali-wali Allah.

Orang munafik amat suka menghina ulama yang jujur dan ikhlas menyatakan kebenaran dan akan melebalkan ulama sebagai membawa perpecahan dan kesesatan. Golongan munafik ini akan menghina ulama dengan gambar-gambar superimpose, gambar karton dan dengan mengucapkan kata-kata penghinaan dan maki hamun yang menurunkan mertabat sebagai seorang ulama yang dihormati.

Orang yang menaibkan para ulama maka ia akan dijerumuskan kepada apa yang ia tuduhkan kepada ulama itu.

Berkata Ibrahim An-Nakha-i rahimahullah, “Aku mendapati dalam jiwaku keinginan untuk membicarakan aib seseorang; akan tetapi yang mencegahku dari membicarakannya adalah aku khawatir jika aib orang itu ternyata menimpa diriku”

Ketahuilah bahwa ulama itu seperti bintang, dan salah satu fungsi bintang adalah sebagai penunjuk jalan.
Kita menjadikan ulama sebagai penunjuk jalan kita kepada kebenaran dalam memahami al-Quran dan As-Sunah. Jika kebenaran telah jelas dihadapan kita maka tidak boleh kita berpaling dari kebenaran itu dengan beralasan pada perkataan siapapun. 

Ketiga : Imam (pemimpin) yang adil.

Dalam zaman moden ini untuk mendapat imam atau pemimpin yang adil amat sukar. Pemimpin yang adil sebenarnya adalah pemimpin yang meletakkan pemerintahannya mengikut petunjuk Allah SWT. Melaksanakan al-Quran dan as-sunah dan menggunakan seluruh harta negara untuk kemaslahatan rakyat bukan untuk kroni dan ahli keluarga. Contoh pemimpin yang adil adalah khalifah ar-rasyidin dan khaifah Umar bin Abdul Azizi. Jika pemimpin tidak mengambil rasuah dan memerentah dengan adil dan saksama tidak kira bangsa dan agama rakyat dibawah pemerentahannya maka pemimpin seperti ini tidak boleh dihina dan di ceritakan kelemahan dirinya. Tetapi jika seseorang pemimpin itu telah terbukti rasuah dan menggunakan kekayaan negara untuk memuaskan nafsunya maka pemimpin seperti ini wajib ditukar dan digantikan dengan pemimpin yang lebih adil dan telus.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita menghina tiga golongan manusia yang dinyatakan seperti hadis di atas supaya kita tidak termasuk menjadi orang-orang munafik, kerana kerja-kerja orang munafik akan sentiasa membuat fitnah, mengaibkan orang lain, mengadu domba, dan menimbulkan perpecahan dikalangan orang-orang Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan agama lain. Wallahualam.

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=346680128774874&id=164538820322340

Tuesday, January 8, 2013

Alya's Journey to Nursery

Posted by Qilah at 7:57:00 AM 3 comments
Assalamualaikum wbt,

Hr ni msk opis sgt la awal..710am dh smpai opis.sebabnya en.suami harus grk awal utk reach opis on the dot..luckily if on the dot, jln yg sgt la aman  di tgh2 kelautan kereta n org @ OU.fuhh..awat la opis di tgh2 shopping complex. ops,bkn nk cite psl opis yg jauh, tp nk cite psl taska Alya.

Me n my hubby dh booked taska dr bln Mei 2012 disebbakan tkt penuh. almaklumla, last yr kn sy kna msk kursus 6 bln tu..so, start new yr hntar Alya..yuran yg agk mahal berbanding nursery lain disebabkan katanya ada pembelajaran + pengasuh yg ada qualification.xkisah berbayar lebih utk keselesaan anak. Di mana???TASKA VONAD di RIMBA ALAM, PRESINT 15.

Alya start msk 2/1/2013..masa hntar, cm biasa.Alya akan menangis, bila letak bwh die akan berhenti nangis skjp sbb tgk ramai kwn. Alya seorang anak yg sgt sukakan budak2, xkisah yg lagi besar or lg kecil dr dia. tp  dia sgt takut org..Selesai hntr, tinjau skjp, dia diam je tgk org di sekeliling dia.ok, done! ok la kot tu..msk kete, mamanya yg nangis:( 1st day Alya di taska, lps amik dia, perut dia cm msk angin,sikit2 nak muntah tp xmuntah la..balik je kt umah, minum susu sgt byk..so, mmg dia sgt lapar sbb kt taska xmakan n x minum susu..pity my baby!

Mama Alya x tenang di opis di hari kedua dan ketiga..start call penyelia taska, xberangkat..msg x bls..Mode: RISAU..tghri tu decide pegi jenguk Alya di taska..sampai2 penyelia panggil pengasuh, pintu hanya dibuka sedikit, n xde offer pn suh msk, offer jenguk anak ke.pasrah..sy pn tnya perkembangan Alya. pengasuh kata Alya nangis je,diam xcampur org..xnak makan n xnak minum susu. tido sendiri je, kadang2 dia boleh tidur terduduk sbb maybe letih nangis..makan mmg tolak, susu pn still xnak minum w/pn dah hari kedua dan ketiga. Bila ptg amik dia, pengasuh lain bgtau dia ok, ada perkembangan, mkn skit n mnum susu skit.nangis tu biasa la..Erm..boleh percaya ke?tghri org ni bgtau cm ni, ptg org lain bgtau lain pulak..Mana nak percaya?

Jumaat tghri pergi lagi..pengasuh tanya Alya ni mcm mana sbnrnya?sy bgtau Alya ni mmg susah makan tp bila dipujuk nak makan, kena rajin suapkan dia.then pengasuh tu ckp..OOO,mmg Alya ni xmakan di rumah la.patut la bdn kecik je.keep repeating :"Alya ni mmg xmakan di rumah kan"..Berapi je dgr..kan dh bgtau dia akan makan, bkn xmkn langusng, cuma kena rajin la layan dia. Pengasuh ckp sy xpernah la jumpa budak mcm ni, biasa sy jaga budak, nangis tu biasa cuma bila mkn n minum susu, dia akan minum. tp Alya ni sume xnak..so, sy biarkan je la sbb xnak bg dia nangis..dia akan berdiri je /duduk kt tpt dia..brg dia sume xle amik, nanti dia nangis..so, ktorg x kacau pn dia. Bg dia masa,maybe sbb xbiasa lg..Sedih je dgr..Jumaat tu bila amik Alya, rsa cm demam sikit, then pergi klinik, doc ckp, tekak bengkak skit..Hah..dah agak dah, msti sbb nangis byk, sbb tu demam..

Then, Isnin decide anta kt umah nenek Alya @ BTR..hr ni masih anta ke BTR..lum decide lg cmna?sbb dh byr almost 600++ (deposit, yuran bulanan+ yearly fees 4 permainan/pembelajaran).Alya bkn jenis yg pendiam.tp apa yg menyedihkan  bila pengasuh bgtau Alya ni xcampur org, diam je kt tilam dia..sy jd risau..bila di rumah, dia byk termenung..Makan pn skrg lg xnak..mungkin protes!!

Teringat kata2 en.suami " Biar kita hilang duit tu, jgn kita hilang senyuman anak kita"!!!!

Monday, October 15, 2012

Rindu semua org

Posted by Qilah at 8:07:00 PM 4 comments
Skrg sy tgh modul polis @ pdrm cheras..xbrapa lasak sgt almaklum lps kejadian @ wataniah lps,ksn arahkan tiada aktiviti air n lasak.so,msa obs pn super boring..game memanjang,mcm gi vacation.
sbnrnye xsbr nk abiskn sume bnda alah ni..cpt la bln 12.sy sgt rndukn my hubby,my baby,my family,my fren..faeza,izna,yantie,dalila...huhu..bile la nk borak2 ngn korg lg cm dlu...



Sunday, July 15, 2012

Hari-hariku di sini

Posted by Qilah at 9:40:00 PM 1 comments
Assalamualaikum..
Setelah lama menyepikan diri,saya kembali. Saya kini sedang berkursus selama 6 bulan,meninggalkan suami dan anak tercinta buat sementara..sob sob.
Sekarang telah berlalu 5 minggu perjuangan di sini..23 minggu lagi perlu ditunggu untuk kembali sedia kala.Berjauhan dengan suami dan anak amat memeritkan,tapi disebabkan ramai yg senasib,ku gagahkan jua..berusaha untuk tidak melayan sgt perasaan ni..

Minggu pertama di Group Integration mmg mencabar,x semena2 dikejutkan dgn cabaran mendaki Gunung Ledang sehingga ke puncak..bertolak jam 12am, turun blk pkul 3pm..almost 15 jam mendaki..hampir2 fed up tp dikuatkan semangat..fuh,mmg xsangka dpt jejak Gunung Ledang,dpt melihat keindahan alam ciptaan Allah..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar,kayak.mud war,tangkap ikan keli,etc...siap kena rendam dlm lumpur lg..layan kan je la..1 je pikir,abis kan cepat..huh..

Bila dh start kelas, mula la sesi melangok dlm kelas,stok kudapan wajib dibwa,n ada org2 yg mmg rajin bwa stok..so,kna duduk berdekatan dgn org2 ni..hahha....hari2 ku bermula jam 530 am dan blk bilik utk tdo 12am-1am setiap hari..huhu..penat..hari2 pn ada discussion..layan kan je la..

so, stop psl kursus,...kita cite psl family lak...Alya anak yg baik..x meragam,sentiasa behave..cuma bile hari saya nak blk INTAN,dia akan mula bermanja,nak berdukung je..merengek2 skit..tp biasa la..budak2..tp saya bersyukur,die x lupakan mama die ni..hehe..die masih nak menyusu dgn saya walaupun hanya beberapa jam..saya tidak mengepam lg,susu pn makin xde.tp tiap kali blk, sy akan menyusukan Alya..biarla sedikit pun tp yg penting Alya masih dpt susu mama
Kekadang rasa sedih bila memikirkan xdpt tgk perkembangan anak dpn mata,tp kena kuat..at least,every week sy akan jmpa my family,either sy blk or dorg dtg sini..n my husband akan hntar gmbar setiap hr utk melepaskn rindu..itu je la penawar rindu ni..

msa 1st week 

Alya dh pandai merangkak..yeay...

Arghh..nk dkt pkul 10pm,nk kna attend discussion..huh,mengantuk..
 

True Love Last Forever Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal