Tuesday, May 22, 2012

Elakkan Berkata 'KALAU'

Posted by Qilah at 8:55:00 AM 1 comments

Elakkan Berkata”kalau”

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
 
(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian :


1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Monday, May 21, 2012

Alya @ 6months old

Posted by Qilah at 7:56:00 PM 1 comments
Assalamualaikum
sy masih di opis,siapkan keje yg pending. en.suami lewat plak hr ni..huhu..

Saje nak update gmba my lovely baby..Alya dah 6 mnths++..yeay,cpt rsanya dh membesar anak mama ni,experience bersalinkan Alya pn xlupa lg..hehe..


tp mama kena tinggalkan Alya 6 bulan..sob sob:(

tp mama tetap sayangkan Alya,xmampu nak nagis dh bile teringatkan nk pegi tu..huwaa...moga sy tabah dgn semua ini..




Rindu:(

Posted by Qilah at 9:49:00 AM 1 comments
Terasa rindu kat mak abah..lama x jumpa..waa..lama x mkn masakan mak, lama x chit chat ngn mak, cerita memacam..nti puasa pn xdpt nk mkn mskn mak.:( Dpt skype je..tu pn xpuas nk borak..

 Alya pn rindu kt mak tok n tok abah

Mak n Abah @ Mekah..RINDU..
a week b4 Raya baru dapat jumpa..

Anyway, hope mak abah sihat n happy kt sana. Hr tu dh buat umrah sekali..6 Jun ni buat lg, naik bas katanya. Semoga semuanya selamat. 

Sunday, May 13, 2012

Makan-makan @ Pantai Jeram

Posted by Qilah at 7:25:00 PM 2 comments
 

True Love Last Forever Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal